Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga

Pengenalan

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) adalah nadi perkhidmatan kesihatan awam pada peringkat primer bagi negara ini. Perkhidmatan yang disampaikan melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam adalah komprehensif untuk semua peringkat umur dari lahir hingga ke akhir hayat. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari lima komponen: KESIHATAN KESEJAHTERAAN, KECEMASAN, INFORMATIK KESIHATAN, RAWATAN PENYAKIT, SOKONGAN KLINIKAL.

 

BPKK merupakan salah satu dari empat bahagian di bawah Program Kesihatan Awam. Program Kesihatan Awam pula adalah satu dari tiga program utama di bawah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. BPKK bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan strategi bagi pelbagai polisi yang diluluskan serta memantau kemajuan projek dan aktiviti pada peringkat akar umbi. Bagi menyempurnakan tanggungjawab tersebut, BPKK mempunyai dua cawangan di bawahnya, iaitu: Cawangan Kesihatan Primer & Cawangan Kesihatan Keluarga.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Ke arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat

Misi

Untuk melahirkan institusi keluarga yang sihat sejahtera, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) akan:

 

  • Merancang dan menyedia program kesihatan keluarga yang komprehensif dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat.
  • Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan keluarga.
Objektif
  • Untuk memastikan perkhidmatan kesihatan primer disampaikan secara bersepadu selaras dengan dasar-dasar Kementerian, merangkumi aspek kesihatan kesejahteraan, penjagaan penyakit akut dan kronik

Piagam Pelanggan

  1. Sentiasa memberi layanan sopan dan mesra.
    Sasaran: Layanan yang sopan dan mesra
  2. Menyediakan program yang komprehensif dan profesional
    Sasaran: Program yang komprehensif dan profesional
  3. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mengambil kira keperluan pelanggan.
    Sasaran: Perkhidmatan yang berkualiti
  4. Memberi maklumat maklumbalas serta nasihat yang tepat, cepat dan terkini.
    • Semua surat yang diterima akan diperakui penerimaanya
    • Semua minit mesyuarat utama BPKK yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah dan ke atas atau wakil, dikeluarkan dalam tempoh masa 1 minggu (hari bekerja)
    • Semua aduan akan disiasat.
      Sasaran: 100%

Carta Organisasi

co eng

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga,

Aras 8, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

 

Tel     : 03 - 8000 8000
Faks   : 03-
E-mel :

Laman Web :

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html