Maklumat Korporat merangkumi informasi rasmi berkaitan identiti, fungsi, struktur, dan peranan sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, termasuk visi, misi, objektif, dan strategi komunikasi bagi memperkukuh imej serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Senarai perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat, kemudahan kesihatan, serta urusan berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien.
Peneraju Perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian / Negeri / Agensi dan ISP Sektor Awam;
Melaksana dan Menyelaras Penggunaan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global;
Menyelaras Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian perkhidmatan Sektor Awam; dan
Melaksana dan Menyelaras Inovasi Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT.