Alat Kebolehcapaian
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) adalah nadi perkhidmatan kesihatan awam pada peringkat primer bagi negara ini. Perkhidmatan yang disampaikan melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam adalah komprehensif untuk semua peringkat umur dari lahir hingga ke akhir hayat. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari lima komponen: KESIHATAN KESEJAHTERAAN, KECEMASAN, INFORMATIK KESIHATAN, RAWATAN PENYAKIT, SOKONGAN KLINIKAL.
BPKK merupakan salah satu dari empat bahagian di bawah Program Kesihatan Awam. Program Kesihatan Awam pula adalah satu dari tiga program utama di bawah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. BPKK bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan strategi bagi pelbagai polisi yang diluluskan serta memantau kemajuan projek dan aktiviti pada peringkat akar umbi. Bagi menyempurnakan tanggungjawab tersebut, BPKK mempunyai dua cawangan di bawahnya, iaitu: Cawangan Kesihatan Primer & Cawangan Kesihatan Keluarga.
Ke arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat
Untuk melahirkan institusi keluarga yang sihat sejahtera, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) akan:
Alamat:
Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga,
Aras 8, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03 - 8000 8000
Faks : 03-
E-mel :
Laman Web :