Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Pengenalan

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan atau PKKM ditubuhkan bagi merancang, mengawal selia, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan di peringkat negeri, daerah, nasional dan pintu masuk negara berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang terkandung di bawahnya.

 

Di bawah Akta Makanan 1983 terdapat Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menetapkan standard dan keperluan pelabelan yang komprehensif dan spesifik untuk pelbagai jenis produk makanan, ramuan dalam makanan, bahan aditif dan pelbagai lagi.

 

Manakala bagi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 pula telah menetapkan kawalan dan keperluan yang perlu dipatuhi oleh premis makanan, pemilik dan pengendali makanan untuk memastikan keselamatan dan kebersihan semasa penyediaan, pengendalian, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan makanan.

 

Selain itu, PKKM juga menyediakan pelbagai jenis pengiktirafan dan pensijilan bagi memenuhi keperluan perundangan makanan yang wajib dipatuhi oleh pengeluar dan industri makanan.

PKKM juga menjalankan kawalan ke atas produk makanan yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk di seluruh negara berdasarkan penilaian risiko untuk memastikan setiap makanan yang dibawa masuk ke dalam negara ini adalah selamat dan berkualiti.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi

Peneraju kawalan keselamatan dan kualiti makanan negara.

Misi

Memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan melalui akauntabiliti bersama pemegang taruh bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

Objektif

Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta mempermudahkan perdagangan makanan melalui:

  • Pengukuhan dasar dan perundangan keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pengukuhan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan ke atas makanan import, domestik dan premis makanan bagi memastikan kepatuhan terhadap perundangan makanan negara;
  • Pengukuhan kawalan makanan eksport;
    Pemantapan intervensi dalam menangani isu dan cabaran keselamatan makanan;
  • Penggunaan sains dan teknologi baharu dalam penghasilan maklumat keselamatan dan kualiti makanan berasaskan bukti saintifik;
  • Pemerkasaan keupayaan komunikasi dan pendidikan berhubung keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pemerkasaan industri makanan dan pengguna dalam pembudayaan keselamatan dan kualiti makanan; dan
  • Pemantapan kolaborasi dengan semua pemegang taruh di dalam dan luar negara bagi melindungi kepentingan negara berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.

Piagam Pelanggan

Senarai Piagam Pelanggan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah seperti berikut:

 

  1. Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dikeluarkan dalam tempoh 27 hari bekerja setelah diluluskan.
  2. Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) dikeluarkan dalam tempoh 27 hari bekerja setelah diluluskan.
  3. Pelesenan Punca Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus (AMBAMS) dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Pelesenan Penyediaan Ais Bagi Maksud Perdagangan dan Perniagaan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima ((bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM).
  5. Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM dan memerlukan persampelan produk akhir).
  7. Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (bagi produk makanan TANPA sijil HACCP atau CB diiktiraf KKM).
  8. Sijil Kesihatan untuk Pengeksportan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah (EU) dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  9. Sijil Eksport Penjualan Bebas dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  10. Sijil Eksport Non-Genetically Modified Food (Non GMF) dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima berdasarkan keputusan pensampelan produk akhir.
  11. Kelulusan KKM Bagi Penyenaraian Fasiliti Makanan Bagi Tujuan Eksport (EU, China, USA, Vietnam, Singapura, Arab Saudi dan Korea Selatan) dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  12. Keputusan Akreditasi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap dari pemohon melalui Jabatan Kesihaan Negeri (JKN).
  13. Keputusan penilaian Kursus Wajib Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan (LPM) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja melalui emel selepas kursus selesai.
  14. Kad pengiktirafan Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dikeluarkan dalam tempoh 12 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  15. Kelulusan Pendaftaran Syarikat melalui Sistem FoSIM Import bagi Agen dan Pengimport diberikan bagi permohonan lengkap yang diterima dalam tempoh 1 hari bekerja.
  16. Pensijilan Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dikeluarkan dalam tempoh 13 hari bekerja (tidak termasuk tempoh bimbingan dan audit pematuhan)
  17. Sijil Makanan Organik dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh bayaran fi sijil diterima.
  18. Kelulusan pengiktirafan makmal swasta untuk perkhidmatan analisis makanan diproses dalam tempoh 20 hari bekerja dari permohonan lengkap diterima.
  19. Sijil pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) dikeluarkan dalan tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Carta Organisasi

14

Soalan Lazim

untuk memohon email rasmi @moh.gov.my, sila berhubung dengan En.Mohd Rizal bin Abd Rahman di talian 0388833625.

Hubungi Kami

Alamat:

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Menara Prisma

No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

 

Tel     : 03 - 8885 0796 / 603-8885 0797
Faks   : 03 -
E-mel : @moh.gov.my

Laman Web

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html