Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Pembangunan Kompetensi

Pengenalan

Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini melaksanakan fungsi seperti berikut :

 

  1. Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
  2. Membangunkan kaedah penilaian kompetensi dan potensi untuk personel KKM;
  3. Melaksanakan penilaian kompetensi dan potensi;
  4. Memantau pelaksanaan penilaian kompetensi dan potensi;
  5. Merancang dan menyediakan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
  6. Memantau dan menjalankan naziran pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM serta mengambil langkah penambahbaikan yang berkaitan;
  7. Merancang dan melaksanakan peperiksaan subjek jabatan bagi skim-skim perkhidmatan bukan guna sama di KKM; dan
  8. Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi bagi IPKKM/JKN/fasitili kesihatan KKM

Visi, Misi & Objektif

Visi
  • Melahirkan modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.
Misi
  • Membangun kompetensi dan potensi penjawat awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pembelajaran berterusan.

Piagam Pelanggan

  • Mengeluarkan takwim Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh peperiksaan.
  • Melaksanakan penggubalan soalan sekurang - kurangnya sekali dalam satu tahun bagi 15 skim yang terlibat dengan Peperiksaan Subjek Jabatan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh peperiksaan.

Carta Organisasi

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Pembangunan Kompetensi
Blok A, Jalan Cenderasari, 
50590 Kuala Lumpur

 

Tel     : 03-22628400
Faks   : 03-
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web : https://hq.moh.gov.my/kompetensi/index.php

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html