Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini melaksanakan fungsi seperti berikut :
- Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
- Membangunkan kaedah penilaian kompetensi dan potensi untuk personel KKM;
- Melaksanakan penilaian kompetensi dan potensi;
- Memantau pelaksanaan penilaian kompetensi dan potensi;
- Merancang dan menyediakan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
- Memantau dan menjalankan naziran pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM serta mengambil langkah penambahbaikan yang berkaitan;
- Merancang dan melaksanakan peperiksaan subjek jabatan bagi skim-skim perkhidmatan bukan guna sama di KKM; dan
- Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi bagi IPKKM/JKN/fasitili kesihatan KKM