Accessibility Tools
Penerangan Logo ANMS

Program Jelajah ANMS: Moh Kita Sihat telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS. Turut hadir sama Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Kedua-duanya menekankan bahawa ANMS merupakan gerakan nasional untuk membudayakan kesihatan dalam kalangan rakyat.
Dalam ucapan perasmian, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia” perlu dijadikan falsafah baharu negara dalam memperkukuh agenda kesihatan nasional.
Pelaksanaan Program
Program jelajah ini merangkumi beberapa komponen utama, antaranya:
Sehingga kini, seramai 18,357 sukarelawan MyCHAMPION berdaftar sebagai penggerak utama pendidikan kesihatan komuniti. Mereka diperkasa melalui Geran Promosi Kesihatan berjumlah RM1.86 juta, melibatkan 179 projek komuniti di seluruh negara.
Program Jelajah ANMS ini sekaligus mengukuhkan usaha kerajaan dalam memperkasa komuniti yang sihat, berdaya tahan dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Program Jelajah ANMS: Moh Kita Sihat telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS. Turut hadir sama Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Kedua-duanya menekankan bahawa ANMS merupakan gerakan nasional untuk membudayakan kesihatan dalam kalangan rakyat.
Dalam ucapan perasmian, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia” perlu dijadikan falsafah baharu negara dalam memperkukuh agenda kesihatan nasional.
Pelaksanaan Program
Program jelajah ini merangkumi beberapa komponen utama, antaranya:
Sehingga kini, seramai 18,357 sukarelawan MyCHAMPION berdaftar sebagai penggerak utama pendidikan kesihatan komuniti. Mereka diperkasa melalui Geran Promosi Kesihatan berjumlah RM1.86 juta, melibatkan 179 projek komuniti di seluruh negara.
Program Jelajah ANMS ini sekaligus mengukuhkan usaha kerajaan dalam memperkasa komuniti yang sihat, berdaya tahan dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Wellness Hub Bekenu yang kini dalam proses pembinaan bakal menjadi pusat kesejahteraan kesihatan terbesar di Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datu Lukanisman Awang Sauni yang juga Ahli Parlimen Sibuti berkata, projek berkonsepkan sehenti itu merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh pembudayaan hidup sihat dalam kalangan komuniti luar bandar. Jelas beliau, Wellness Hub Bekenu akan menjadi pusat rujukan bagi penilaian faktor risiko kesihatan, rundingan gaya hidup sihat, pengurusan berat badan, serta pelbagai aktiviti kecergasan seperti gimnasium dan studio senaman.
"Di Sarawak kita mempunyai sebuah wellness hub yang telah siap di Samarahan dan juga yang kedua adalah Wellness Hub Sibuti yang boleh dikatakan wellness hub yang terbesar berdasarkan kaki persegi.” “Dan yang ketiga kelak kita akan lancarkan wellness hub di Sarawak iaitu wellness hub Betong” “Seluruh Malaysia kita ada 33 wellness hub yang aktif yang sedang dibina di Sabah ,Sarawak Dan juga Semenanjung Malaysia,” katanya Kepada pemberita selepas merasmikan Festival Sihat Itu Saya 2025 di Pusat Transfirmasi Luar Bandar Bekenu.
Jelas beliau, pembinaan kemudahan berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung November ini dan akan menjadi model untuk pembangunan pusat kesihatan komuniti di negeri-negeri lain. Kemudahan seperti ini penting kerana ia memberi akses terus kepada perkhidmatan kesihatan pencegahan dan sokongan komuniti tanpa perlu ke hospital selain menggalakkan rakyat menilai tahap kesihatan mereka lebih awal. Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan lima komponen utama budaya hidup sihat iaitu kekal aktif, makan secara sihat dan selamat, menjaga kesihatan kendiri, berfikiran positif serta menjauhi rokok dan vape.
Tegas beliau lagi, Kesihatan bermula dengan diri sendiri Kerana Jika setiap individu mengambil tanggungjawab terhadap gaya hidupnya, kita akan dapat mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktif. Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited memperkukuh literasi kesihatan masyarakat melalui program komuniti seperti Wellness Hub Bekenu dan MyCHAMPION ini. Turut hadir ADUN Bekenu merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Hajah Rosey Yunus serta tetamu kehormat yang lain.
Majlis Anugerah MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan 2025 telah diadakan pada 26 Oktober 2025 bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, bagi menghargai sumbangan sukarelawan MyCHAMPION yang berperanan sebagai ejen perubahan dalam memperkasa kesihatan rakyat.
Dalam ucapan perasmian, YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa para sukarelawan MyCHAMPION bukan sekadar penyampai mesej kesihatan, tetapi juga merupakan duta perubahan, penggerak budaya hidup sihat dan pemangkin kesejahteraan komuniti.
Program MyCHAMPION yang dilaksanakan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) melahirkan sukarelawan terlatih bagi mendidik masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat.
Majlis turut menyaksikan penganugerahan lapan kategori MyCHAMPION sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi sukarelawan yang menjadi pemangkin kepada pembudayaan hidup sihat.
Dengan semangat “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia”, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru lebih ramai rakyat untuk menyertai MyCHAMPION demi melahirkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah menyempurnakan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2025. Dalam majlis tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan inisiatif Healthy Living Mall, iaitu konsep pusat beli-belah mesra pembudayaan hidup sihat yang bertujuan meningkatkan literasi kesihatan rakyat.
Komponen Healthy Living Mall:
Sehubungan itu, KKM menyeru pengusaha premis makanan dan minuman agar menyediakan lebih banyak pilihan menu sihat, selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Pada 17 Ogos 2025 (Ahad), kenderaan Wellness on Wheels (WoW) telah turun padang ke Pangsapuri Ruvena Villa, Puchong sempena Gotong-Royong Mega Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025. Kehadiran WoW dalam program ini berjaya menarik perhatian penduduk setempat yang bukan sahaja turun menyertai aktiviti gotong-royong, tetapi turut mengambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti berkaitan kesejahteraan kesihatan yang disediakan.
Antara tarikan utama yang dibawakan melalui WoW ialah Wellness Archery, Smart Static Bike dan Silang Kata WoW yang memberi pengalaman interaktif serta kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dengan cara yang menyeronokkan. Selain itu, turut diadakan pelbagai aktiviti lain yang mendapat sambutan hangat termasuk suntikan Measles Rubella, kempen War on Sugar serta aktiviti promosi kesihatan lain yang memberi manfaat terus kepada komuniti setempat.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan 541 orang hadir. Angka ini menunjukkan keterlibatan aktif masyarakat dalam usaha membudayakan hidup sihat, selari dengan matlamat ANMS. Kehadiran WoW juga membuktikan pendekatan turun padang menggunakan kenderaan bergerak ini mampu mendekatkan perkhidmatan promosi kesihatan kepada masyarakat, terutamanya di kawasan komuniti perumahan.
Secara keseluruhannya, penganjuran ini berjaya menggabungkan elemen kebersamaan melalui gotong-royong serta kesedaran kesihatan melalui pengisian WoW. Usaha ini diharapkan dapat terus mengukuhkan solidariti masyarakat dalam menyokong kempen Budayakan Hidup Sihat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti sihat di masa hadapan.
Program Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends Zon Pantai Timur telah berlangsung dengan jayanya bermula dengan sesi Meet & Greet di dua buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu pada 26 Mei 2025 dan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut pada 28 Mei 2025. Kemuncak program telah diadakan pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menarik penglibatan pengunjung terutamanya kanak-kanak dan keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah showcase interaktif HePiLI, permainan interaktif, serta persembahan pentas bersama watak popular Didi & Friends.
Fokus utama program adalah untuk memupuk enam (6) tingkah laku kesihatan dalam pembudayaan hidup sihat, iaitu:
1. Penjagaan kebersihan diri
2. Penjagaan kebersihan persekitaran
3. Pengamalan pemakanan sihat
4. Pengaktifan gaya hidup aktif
5. Penolakan terhadap rokok dan vape
6. Kefahaman tentang sentuhan selamat dan tidak selamat
Nilai-nilai ini disampaikan secara santai dan mesra melalui pendekatan pendidikan interaktif, bertujuan meningkatkan kemahiran dan kesedaran tingkah laku sihat dalam kalangan pengunjung, khususnya kanak-kanak.
Program turut diserikan dengan pelancaran Pakej HePiLI Institusi Pendidikan, yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad. Sepanjang program berlangsung, sejumlah 18,025 orang pengunjung telah direkodkan hadir.
Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK), KKM telah menganjurkan TOWNHALL GERAN PROJEK MyCHAMPION di 6 zon seluruh negara yang bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan MyCHAMPION termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan berhubung tatacara permohonan Geran Projek MyCHAMPION. Townhall ini dikendalikan oleh Cawangan Mobilisasi Komuniti, BPK. Seramai 632 orang telah hadir ke townhall tersebut.
Maklumat townhall mengikut zon:
Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor) : 8 Februari 2025 di UiTM Bandaraya Melaka, Melaka.
Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor : 9 Februari 2025 di Dewan Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya
Zon Pantai Timur : 15 dan 16 Februari 2025 di Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu
Zon Sabah dan Labuan : 12-13 April 2025 di Raia Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Zon Utara : 12 dan 13 April 2025 di Raia Hotel, Pulau Pinang
Zon Sarawak Utara : 26 April 2025 di Mercure Hotel, Miri, Sarawak
Zon Sarawak Selatan : 17 April 2025 di Sri Semanggang, Sri Aman, Sarawak
Sesi townhall seterusnya adalah bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di seluruh negara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Komuniti Madani yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2025.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama-sama menyatakan komitmen memperkukuh kesihatan rakyat menerusi sambutan World Physical Activity Day (WoPAD) yang diadakan sempena Car Free Day di Dataran Putrajaya.
Bertemakan "Have A Good Time! Be Active." WoPAD menekankan kepentingan keseronokan dalam aktiviti fizikal. Acara dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Syawal Fun Walk, Aerofithon, permainan tradisional, cabaran kecergasan serta pemeriksaan kesihatan.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian yang akan berlangsung pada 13-27 Mei 2025, dengan sasaran penyertaan lebih tinggi berbanding tahun 2024 yang mencatatkan 13,031 peserta.
Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang digerakkan sejak 2024 melibatkan lebih 60,000 penjawat awam daripada 25 kementerian dan agensi, dengan fokus kepada pembudayaan gaya hidup secara menyeluruh.

.