Accessibility Tools

English

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Client Charter

Client Charter

Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:
  1. Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan:
    1. 100% Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima
    2. Sekurang-kurangnya 85% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan:
      • Hospital Negeri & Hospital Berpakar : ≤ 28 hari bekerja
      • Lain-lain Hospital : ≤ 14 hari bekerja
    3. 90% pelanggan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh masa 90 minit (melalui data TPCOCHIS)
    4. 70% pesakit dipanggil untuk perkhidmatan kesihatan pergigian dalam tempoh 30 minit
    5. 50% pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kesihatan pergigian yang diterima
    6. 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit

  2. Memastikan permohonan dan kelulusan perkhidmatan diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh borang permohonan lengkap diterima serta memenuhi syarat-syarat permohonan dan perundangan yang ditetapkan:
    1. Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi : 100% diproses dalam tempoh 7 hari bekerja
    2. Sijil Pendaftaran Jururawat : 100% dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja
    3. Lesen Memiliki Radas Penyinaran /Bahan Radioaktif (Baru Dan Memperbaharui) : 90% dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja (tertakluk di bawah Akta 304 bagi maksud perubatan)
    4. Lesen Pewasapan : 95% diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam tempoh 5 hari bekerja
    5. Lesen Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi : 100% dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja
    6. Keputusan Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia : 100% diisytiharkan dalam tempoh 7 hari bekerja

    7. Keputusan Laporan Audit HACCP : 100% sijil dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja (manual) dan 30 hari bekerja (online)
    8. Perkhidmatan Promosi Kesihatan : 100% diberi maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja
KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:

 

  • Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan;
  • Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html