Accessibility Tools

Aktiviti & Berita Terkini

WoW Turun Padang di Puchong: Kesihatan Dibawa Terus ke Komuniti

WoW Turun Padang di Puchong: Kesihatan Dibawa Terus ke Komuniti

There is no translation available.

Pada 17 Ogos 2025 (Ahad), kenderaan Wellness on Wheels (WoW) telah turun padang ke Pangsapuri Ruvena Villa, Puchong sempena Gotong-Royong Mega Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025. Kehadiran WoW dalam program ini berjaya menarik perhatian penduduk setempat yang bukan sahaja turun menyertai aktiviti gotong-royong, tetapi turut mengambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti berkaitan kesejahteraan kesihatan yang disediakan.

 

Antara tarikan utama yang dibawakan melalui WoW ialah Wellness Archery, Smart Static Bike dan Silang Kata WoW yang memberi pengalaman interaktif serta kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dengan cara yang menyeronokkan. Selain itu, turut diadakan pelbagai aktiviti lain yang mendapat sambutan hangat termasuk suntikan Measles Rubella, kempen War on Sugar serta aktiviti promosi kesihatan lain yang memberi manfaat terus kepada komuniti setempat.

 

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan 541 orang hadir. Angka ini menunjukkan keterlibatan aktif masyarakat dalam usaha membudayakan hidup sihat, selari dengan matlamat ANMS. Kehadiran WoW juga membuktikan pendekatan turun padang menggunakan kenderaan bergerak ini mampu mendekatkan perkhidmatan promosi kesihatan kepada masyarakat, terutamanya di kawasan komuniti perumahan.

 

Secara keseluruhannya, penganjuran ini berjaya menggabungkan elemen kebersamaan melalui gotong-royong serta kesedaran kesihatan melalui pengisian WoW. Usaha ini diharapkan dapat terus mengukuhkan solidariti masyarakat dalam menyokong kempen Budayakan Hidup Sihat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti sihat di masa hadapan.

custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html