Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Pembangunan Kerjaya

Pembangunan Kerjaya

Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini. Pegawai Perubatan memainkan peranan penting dalam merancang, melaksana dan menilai semula aktiviti dan program berkaitan dengan kesihatan dan perubatan agar rakyat mempunyai kemudahan kesihatan yang berkesan, baik dan berkualiti. Peranan Pegawai Perubatan semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini apabila rakyat mula menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan dan isu berkenaan kesihatan sentiasa menjadi fokus utama kerajaan untuk memakmurkan negara. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai Pegawai Perubatan yang kompeten, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Pegawai Perubatan yang berdedikasi, komited dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mudah capai, saksama dan bertaraf dunia.

 

TajukMuat Turun
National Paediatric Postgraduate Training Program Formative Assessments  PDF
Master of Medicine (Paediatric) Entrance Exam Syllabus  PDF

Bahan Rujukan Urusan Pengambilan dan Penempatan 
Pegawai Perubatan (Lantikan Baru) Di Kementerian Kesihatan Malaysia

 PDF
Buku Manual Program Pascasiswazah Sarjana Perubatan (Pediatrik)  PDF

Borang Essential Learning Activities Bagi Bidang Peadiatrik

 PDF

Perkhidmatan pergigian merupakan salah satu perkhidmatan kesihatan yang penting di negara ini. Pegawai Pergigian memainkan peranan yang penting dalam memberikan rawatan kepada pesakit, merancang dan melaksanakan dasar Kerajaan berkaitan dengan aktiviti kesihatan dan pergigian di negara ini. Peranan dan tugas Pegawai Pergigian semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan lebih ramai Pegawai Pergigian yang cekap, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat. Oleh itu, dengan kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak akan dapat menyumbang kepada usaha Malaysia untuk mencapai aspirasinya bagi mengadakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia sebelum tahun 2020.

Pegawai Farmasi merupakan salah satu tugas terpenting dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini. Pegawai Farmasi berperanan dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan segala aktiviti pengurusan, praktis klinikal, penguatkuasaan undang-undang, penentuan kualiti, kajian dan analisis berkenaan dengan perubatan. Peranan Pegawai Farmasi semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini, dengan itu Kementerian memerlukan lebih ramai Pegawai Farmasi yang cekap, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.

Buku Kerjaya Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini dikeluarkan sebagai panduan dan rujukan mudah bagi graduan bidang kejururawatan dan juga jururawat yang sedang berkhidmat. Buku ini menerangkan dengan ringkas mengenai syarat-syarat skim perkhidmatan Jururawat dan peluang kerjaya sebagai Jururawat di sektor awam terutamanya di KKM. Selaras dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan modal insan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan, buku ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kerjaya dan memperjelaskan mengenai peluang kerjaya bagi Jururawat di KKM.

Buku Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan buku pertama seumpamanya yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ini menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai syarat skim perkhidmatan dan peluang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di sektor awam. Sememangnya menjadi harapan agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan segala kekaburan mengenai peluang kerjaya akan dapat dielakkan. Di samping itu, ia juga diharap dapat menjadi bahan rujukan mudah mengenai urusan berkaitan dengan perkhidmatan.

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html