Maklumat Korporat merangkumi informasi rasmi berkaitan identiti, fungsi, struktur, dan peranan sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, termasuk visi, misi, objektif, dan strategi komunikasi bagi memperkukuh imej serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Senarai perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat, kemudahan kesihatan, serta urusan berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien.
Petua Kepada Peniaga/ Penjaja Makanan Di Musim Berjerebu
Pastikan anda menyediakan makanan dengan cara yang selamat, bersih, cukup masak dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran dan keracunan makanan.
Semua Peniaga /penjaja diwajibkan mematuhi tatacara kebersihan diri dengan menggunakan Alat Pelindung Diri yang sesuai seperti penutup mulut, apron, sarung tangan semasa penyediaan dan penghidangan makanan.
Sediakan pilihan makanan yang pelbagai dan pastikan makanan yang tinggi vitamin, mineral, antioksida serta serat seperti buah- buahan dan sayur – sayuran untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi melawan penyakit.
Kurangkan penggunaan lemak seperti minyak dan santan dalam masakan.Makanan berkuah atau bersup adalah lebih baik berbanding makanan bergoreng.
Kurangkan penggunaan garam dalam masakan kerana makanan yang masin akan menyebabkan kehausan yang meningkatkan keperluan air badan.
Peniaga digalakkan untuk menyediakan makanan yang telah siap dibungkus untuk memudahkan pelanggan membawa balik makanan yang dibeli.
Semua peralatan yang digunakan untuk menghidang makanan seperti bain marie, pinggan, mangkuk dan sebagainya mestilah sentiasa bertutup untuk memastikan makanan tidak terdedah kepada jerebu atau pencemaran lain.
Peniaga yang berada di luar bangunan dan terdedah kepada cuaca berjerebu hendaklah memastikan diri mereka dan pekerja memakai penutup mulut dan minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan mengelakkan pendedahan kepada jerebu yang berpanjangan.
Semua Peniaga/Penjaja serta pekerja dan pembeli makanan atau pelanggan adalah dilarang merokok untuk memastikan indeks pencemaran udara di sekeliling premis makanan tidak bertambah buruk.