Alat Kebolehcapaian

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) atau Wellness Month merupakan satu inisiatif utama di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Inisiatif ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.

 

BMSS diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara KKM di semua peringkat (kebangsaan, negeri dan daerah) bersama rakan strategik ANMS yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti, media serta sukarelawan MyCHAMPION. Kesepakatan ini membolehkan pelaksanaan program dan aktiviti bersepadu yang lebih meluas demi kesejahteraan rakyat. Sambutan BMSS juga merupakan penjenamaan semula Wellness Month yang disambut setiap bulan September. Ia bertepatan dengan hala tuju KKM yang memberi penekanan kepada health care (health ownership) berbanding sick care (medical responsibility), dengan mengutamakan pendekatan pencegahan. Penganjuran BMSS bukan sahaja bertujuan meningkatkan imuniti badan (lifestyle immunity) dalam mencegah penyakit, malah turut menyokong matlamat penuaan sihat (healthy aging) dalam kalangan masyarakat.

 

Sepanjang September 2025, pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk karnival, program jelajah, acara 10,000 langkah, aktiviti Outreach WoW dan Open Day BMSS@Wellness Hub. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara meluas di peringkat komuniti, tempat kerja serta institusi pendidikan dengan kerjasama rakan strategik.

Image
BMSS Promo 2025
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
Mall Walking Challenge Promo (English)
BMSS Promo September
Mall Walking Challenge Promo (Malay)
Image
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html