Maklumat Korporat merangkumi informasi rasmi berkaitan identiti, fungsi, struktur, dan peranan sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, termasuk visi, misi, objektif, dan strategi komunikasi bagi memperkukuh imej serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Senarai perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat, kemudahan kesihatan, serta urusan berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien.
Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam (GPPAD) dikeluarkan untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai-pegawai Audit Dalam bagi melaksanakan kerja-kerja pengauditan pengurusan kewangan dan siasatan di Kementerian/Jabatan/Agensi. Ianya selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
GPPAD ini mengandungi lapan (8) Garis Panduan iaitu GPPAD 1 hingga 7 adalah bagi tujuh (7) pengauditan terhadap pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi dan GPPAD 8 sebagai Garis Panduan Siasatan Unit Audit Dalam.
GPPAD 1 hingga 7 bertujuan untuk membantu Unit Audit Dalam menjalankan tugas dengan lebih sistematik bagi membantu organisasi mencapai matlamatnya dengan menyumbang ke arah peningkatan tahap akauntabiliti dan tadbir urus dengan menilai serta menentukan sama ada:
Wujud kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur organisasi;
Undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi;
Wujud struktur dan sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan; dan
Rekod kewangan dan perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
GPPAD ini disediakan adalah berdasarkan kepada kriteria pengauditan Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara sebagai satu rujukan.
Tujuh (7) GPPAD berkenaan pengauditan pengurusan kewangan adalah seperti berikut:-
GPPAD 1 Pengauditan Pengurusan dan Pentadbiran
GPPAD 2 Pengauditan Pengurusan Bajet
GPPAD 3 Pengauditan Pengurusan Terimaan
GPPAD 4 Pengauditan Pengurusan Perbelanjaan
GPPAD 5 Pengauditan Pengurusan Kumpulan Wang/Akaun Amanah
GPPAD 6 Pengauditan Pengurusan Aset, Inventori dan Stor
GPPAD 7 Pengauditan Pengurusan Pelaburan
Manakala GPPAD 8; berkenaan Siasatan yang disediakan bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Audit melaksanakan siasatan tertentu atas arahan Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan Persekutuan/Setiausaha Kerajaan Negeri.