Alat Kebolehcapaian
Penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian Dan Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Y.A.B Perdana Menteri pada 9 Mac 2010 semasa menyampaikan amanatnya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat ke Gred 54 antara 2 hingga 5 tahun. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat. Usaha murni ini dilaksanakan menerusi penyediaan prasarana kesihatan yang baik dan pembangunan modal insan yang mantap. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya (career path) pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di KKM.
Penambahbaikan Laluan Kerjaya
Kerajaan telah mengkaji dan menyediakan pelan Laluan Kerjaya untuk Pegawai Perubatan secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya Pegawai Perubatan bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar. Pelan Laluan Kerjaya ini turut dipanjangkan kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
Pelan Laluan Kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LALUAN KERJAYA BAGI TIGA SKIM UTAMA (UD, UG, UF) KKM
Pertanyaan lanjut mengenai penambahbaikan Laluan Kerjaya ini, boleh berhubung terus dengan Unit Naik Pangkat Profesional 3, Bahagian Sumber Manusia di talian seperti berikut: