Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

Pengenalan

Portal ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah BPKj, seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. BPKj juga merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dan pemantauan aspek-aspek teknikal dalam kejuruteraan kesihatan umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan biomedikal yang efisien, efektif dan berkualiti.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadi sebuah organisasi yang terdiri daripada pasukan kerja profesional yang berpengetahuan, cekap dan berkemahiran tinggi di dalam memberi perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia

Misi
  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:
  2. Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
  3. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti dan peralatan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, pembekalan linen dan pengurusan sisa klinikal serta perkhidmatan penyelenggaraan fasiliti kesihatan.
  4. Perancangan, pelaksanaan, penyeliaan projek-projek fizikal di fasiliti kesihatan.
Objektif
  1. Merancang dan melaksanakan program-program berkenaan dengan keselamatan kesihatan
  2. Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan seefektifnya dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna
  3. Memastikan Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar dilaksanakan dan dipelihara seefektifnya supaya air minum adalah selamat dan sanitasi diperolehi oleh setiap golongan masyarakat Luar Bandar
  4. Menyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk pelaksanaan projek pembangunan dan keseluruhan aspek kejuruteraan dan peralatan perubatan
  5. Koordinat dan memantau program pembaikpulihan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan dan pusat kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk menyediakan nasihat teknikal yang mana berkenaan,
  6. Menyediakan perkhidmatan dalam pelaksanaan Program Kualiti Assuran dan aktiviti keselamatan radiasi dan juga memastikan peralatan radiasi dan bahan-bahan radioaktif mematuhi kehendak dan tahap keselamatan

Piagam Pelanggan

Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar

  1. Menyediakan perkhidmatan bekalan air dan kebersihan alam sekeliling kepada masyarakat luar bandar secara berterusan.
  2. Bilangan persampelan dan penganalisaan air bagi memastikan keselamatan air minuman yang dibekalkan kepada orang awam menepati mutu piawaian kebangsaan yang telah ditetapkan

 

Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan

  1. Pengeluaran sijil pembayaran interim dalam tempoh 14 hari waktu bekerja apabila segala dokumen yang dihantar adalah lengkap

Carta Organisasi

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Aras 3-7,

Blok E3, Parcel 3, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62590 Putrajaya, Malaysia

 

Tel     : 03 - 8000 8000
Faks   : 03 -
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html