Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

Pengenalan

Portal ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah BPKj, seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. BPKj juga merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dan pemantauan aspek-aspek teknikal dalam kejuruteraan kesihatan umum, kejuruteraan penjagaan kesihatan dan biomedikal yang efisien, efektif dan berkualiti.

1968

Unit Kejuruteraan ditubuhkan

Unit Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1968. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah bagi melaksana dan memantau Program Kebersihan Alam Sekitar Luar Bandar (Rural Environmental Sanitation Programme, RESP).

1968

1976

Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

Pada tahun 1976, RESP telah diperkembangkan kepada Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) di semua negeri dan pada tahun yang sama juga tertubuhnya Unit Keselamatan Sinaran.

1980

Unit Kejuruteraan Hospital

Pada tahun 1980, Unit Kejuruteraan Hospital telah diwujudkan.

1980

1981

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj)

Pada tahun 1981, Unit Kejuruteraan telah dinaiktarafkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) yang terdiri daripada BAKAS (Semua Negeri), Unit Keselamatan Sinaran dan Unit Kejuruteraan Hospital (Semua Negeri).

1983

Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)

Pada tahun 1983, Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) telah diwujudkan di semua peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan diletakkan di bawah kawalseliaan BPKj.

1983

1996

Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran

Pada tahun 1996, Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran telah diwujudkan di peringkat negeri

1996

Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital

Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital ditubuhkan pada tahun yang sama.

1996

1996

Pelaksanaan Projek Baru dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan

BPKj telah mula melaksanaan Projek Baru dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan di peringkat Ibu Pejabat KKM.

2007

Seksyen Operasi Hospital, Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)

BPKj telah diperkembangkan lagi dengan kewujudan Seksyen Operasi Hospital, Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS).

2007

2019

Sektor Sisa dan Hygiene

Pengurusan berkaitan Sisa dan Hygiene telah diwujudkan bagi menambahbaik perkhidmatan sediada.

Current

Sehingga Kini

Sehingga tahun 2023, program dan aktiviti yang terletak di bawah tanggungjawab BPKj adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)

  2. Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK)

  3. Pelaksanaan Projek Baru, Pembaikan dan Naiktarf

  4. Medical Equipment Enhance Tenure (MEET)

  5. national Environmental Action Plan (NEHAP)

  6. Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)

  7. Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)

  8. Pembaikan dan Senggara Kuarters

  9. BAKAS

  10. KMAM

  11. PEKA

  12. Pengeursan Sisa & Hygiene

Current

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadi sebuah organisasi yang terdiri daripada pasukan kerja profesional yang berpengetahuan, cekap dan berkemahiran tinggi di dalam memberi perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia

Misi
  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:
  2. Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
  3. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti dan peralatan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, pembekalan linen dan pengurusan sisa klinikal serta perkhidmatan penyelenggaraan fasiliti kesihatan.
  4. Perancangan, pelaksanaan, penyeliaan projek-projek fizikal di fasiliti kesihatan.
Objektif
  1. Merancang dan melaksanakan program-program berkenaan dengan keselamatan kesihatan
  2. Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan seefektifnya dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna
  3. Memastikan Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar dilaksanakan dan dipelihara seefektifnya supaya air minum adalah selamat dan sanitasi diperolehi oleh setiap golongan masyarakat Luar Bandar
  4. Menyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk pelaksanaan projek pembangunan dan keseluruhan aspek kejuruteraan dan peralatan perubatan
  5. Koordinat dan memantau program pembaikpulihan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan dan pusat kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk menyediakan nasihat teknikal yang mana berkenaan,
  6. Menyediakan perkhidmatan dalam pelaksanaan Program Kualiti Assuran dan aktiviti keselamatan radiasi dan juga memastikan peralatan radiasi dan bahan-bahan radioaktif mematuhi kehendak dan tahap keselamatan

Amanat PKJ

huszian

 

 

Polisi Kualiti

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan komited di dalam menyampaikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen bagi memenuhi kehendak dan meningkat kepuasan hati pelanggan menerusi penambahbaikan berterusan dan penglibatan semua peringkat pekerja berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti dan garis panduan yang berkaitan

Piagam Pelanggan

Kejuruteraan Kesihatan Alam Sekitar

  1. Menyediakan perkhidmatan bekalan air dan kebersihan alam sekeliling kepada masyarakat luar bandar secara berterusan.
  2. Bilangan persampelan dan penganalisaan air bagi memastikan keselamatan air minuman yang dibekalkan kepada orang awam menepati mutu piawaian kebangsaan yang telah ditetapkan

 

Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan

  1. Pengeluaran sijil pembayaran interim dalam tempoh 14 hari waktu bekerja apabila segala dokumen yang dihantar adalah lengkap

Carta Organisasi

carta organisasi CO BPKj Oktober 2025 1 Page 05 page 0001

Pasukan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 BPKJ

 iso 9001 2015 wordt herzien 1024x6661

 

BPKj bertanggungjawab memastikan peningkatan kualiti secara berterusan dalam perkhidmatannya. Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan, BPKj telah mengamalkan sistem kualiti MS ISO 9001 dan merupakan agensi pertama di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ditauliahkan sijil MS ISO 9000:1994 yang diperolehi pada tahun 1997.

   

 

 isocertiqnetcert 

Sektor Perancangan Kejuruteraan bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pengurusan kejuruteraan termasuk perancangan sumber manusia skim kejuruteraan, penyelarasan inisiatif strategik KKM, pembangunan latihan berdasarkan pelan kompetensi bagi jurutera-jurutera KKM.

GALERI

SEKTOR PERANCANGAN KEJURUTERAAN

Portal ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah Sektor Implementasi Projek seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. Sektor ini berperanan merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek fizikal di fasiliti kesihatan dalam tempoh masa, spesifikasi dan kualiti sepertimana yang ditetapkan di dalam kontrak. Sektor Implementasi Projek juga terbahagi kepada 4 unit yang terdiri daripada;-

 

  • Unit Koordinasi Pelaksanaan Projek
  • Unit Penyeliaan & Pemantauan Projek Kerja
  • Unit Perundingan Ukur Bahan
  • Unit Perundingan Arkitek

GALERI

SEKTOR PERANCANGAN KEJURUTERAAN

SEKTOR KAWALSELIA FASILITI KESIHATAN (KSF)

 

Sektor Kawalselia Fasiliti Kesihatan merupakan sektor di bawah Cawangan Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan. Sektor ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dirancang dan dilaksanakan secara menyeluruh, cekap dan berkesan.

 

Terdapat empat unit utama yang beroperasi dibawah sektor ini, iaitu:

 

Unit Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)

  • Bertanggungjawab merangka, merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan pengurusan fasiliti serta sistem pengurusan aset (ASIS) di fasiliti kesihatan KKM bagi memastikan pengurusan dilaksanakan dengan berkesan.

 

Unit Pengurusan Kontrak (UPK)

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kontrak pengurusan fasilit-fasiliti kesihatan termasuk pematuhan dan pelaksanaan terma kontrak.

 

Unit Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)

  • Memberi tumpuan kepada rangka dan memantau pelaksanaan pelan pengurusan aset tak alih KKM meliputi dari segi penerimaan dan pendaftaran, operasi & penyenggaraan, penilaian keadaan, pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf, pelupusan dan termasuk insiden kehilangan atau hapus kira Aset Tak Alih di fasiliti kesihatan KKM.

 

Unit Kesihatan Swasta (UKS)

  • Mengendalikan inisiatif dan projek kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta bagi khidmat nasihat teknikal kejuruteraan bagi pembangunan serta pengurusan fasiliti Kesihatan Swasta/KKM di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, sektor ini bertanggungjawab ke atas pengurusan serta kawalselia menyeluruh terhadap pengurusan fasiliti kesihatan dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan objektif bagi menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, selamat dan mampan kepada rakyat.

GALERI

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Aras 3-7,

Blok E3, Parcel 3, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62590 Putrajaya, Malaysia

 

Tel     : 03 - 8000 8000
Faks   : 03 -
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html