Alat Kebolehcapaian
Bahagian Perkembangan Perubatan bertanggungjawab untuk penetapan dasar dan pelaksanaan, perancangan dan pembangunan perkhidmatan perubatan. Objektifnya adalah untuk menyediakan perkhidmatan perubatan komprehensif yang menyokong penjagaan kesihatan primer, selaras dengan dasar dan piawaian Kementerian Kesihatan (KKM), dengan memanfaatkan teknologi yang sesuai ke arah mencapai peningkatan kesihatan dan kualiti hidup penduduk. Fungsi Bahagian dilaksanakan oleh 5 Cawangan/unit utama iaitu : Cawangan Pembangunan Perkhidmatan Perubatan, Cawangan Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal, Cawangan Pembangunan Profesional Perubatan, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia dan Unit Penilaian Teknikal Kumpulan Wang Bantuan Perubatan.
Alamat:
Bahagian Perkembangan Perubatan,
Aras 7, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03 - 8000 8000
Faks : 03-
E-mel :
Laman Web :