Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Pemakanan

Pengenalan

Bahagian Pemakanan adalah di bawah Program Kesihatan Awam yang berfungsi:

 

  1. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, promosi dan pemulihan pemakanan.
  2. Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM).
  3. Pembangunan, advokasi dan pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan.
  4. Menyediakan perkhidmatan pemakanan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadi peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

Misi

Untuk mencapai tahap kesejahteraan pemakanan penduduk Malaysia, Bahagian Pemakanan akan:

 

  • Membangun dan melaksanakan program pemakanan yang berkesan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
  • Mengintegrasikan pemakanan ke dalam dasar dan program pembangunan negara.
  • Mempertingkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan aktiviti pemakanan.
  • Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat.
Objektif
  • Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
  • Mempromosi amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  • Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan.

Piagam Pelanggan

  1. Bahan maklumat berkaitan pemakanan bayi yang menepati senarai semak penapisan kod kelulusan diberi maklum balas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Tata Etika dalam tempoh 14 hari selepas tarikh mesyuarat
  2. Memastikan semua aduan yang diterima, diurus dan diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima
  3. Memastikan semua pertanyaan yang diterima, diurus dan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja
  4. Keperluan 7 hari latihan untuk semua penjawat awam dalam Bahagian akan dipenuhi setiap tahun

Carta Organisasi

Carta Organisasi Bahagian Pemakanan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Pusat Maklumat Pemakanan, Aras 1, Blok E3

 

Tel     : 03 - 8000 8000
Faks   : 03-
E-mel :

Laman Webhttps://hq.moh.gov.my/nutrition/

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html