Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Amalan Perubatan

Pengenalan

Bahagian Amalan Perubatan bertanggungjawab dalam:-

 

  1. Menggubal undang-undang baru yang berkaitan dengan amalan perubatan.
  2. Pindaan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan amalan perubatan.
  3. Penyelaras teknikal untuk perdagangan perkhidmatan perubatan.
  4. Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] & Peraturan-Peraturannya, antaranya:
    - Pendaftaran (Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta).
    - Pelesenan kemudahan jagaan kesihatan swasta (Hospital Swasta, Hospital Psikiatri Swasta, Pusat Jagaan Ambulatori Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta, Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta, Rumah Bersalin Swasta, Bank Darah Swasta, Pusat Hemodialisis Swasta, Hospis Swasta, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta).
    - Mengendalikan aduan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) selaras dengan ketetapan Akta 586.
  5. Pendaftaran Managed Care Organization - MCO
  6. Pendaftaran pembantu perubatan, juruoptik dan optometri.
  7. Mengendalikan aduan dari kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan kerajaan.
  8. Mengendalikan kes-kes medico-legal.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Ke arah perkhidmatan jagaan yang selamat dan berkualiti.

Misi

Memastikan standard perkhidmatan jagaan kesihatan yang selamat, cekap dan berkualiti melalui pemantauan, perundangan, pengawalan dan pegawalseliaan.

Objektif

Menggubal, menyemak dan meminda mana-mana Akta atau peraturan-peraturan di bawah Program Perubatan

  • Memantau, mengawal dan mengawalselia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta melalui perundangan.
  • Mengendalikan dan memantau aduan-aduan teknikal dan kes medico-legal bagi kemudahan-kemudahan jagaan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Menyelaras dan memberi input teknikal berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan liberalisasi dalam perdagangan perkhidmatan kesihatan
  • Melaksanakan fungsi-fungsi Majlis Optik Malaysia, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Lembaga Pembantu Hospital Estet

Piagam Pelanggan

Bahagian ini bertekad, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:

  • Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra;
  • Menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti dengan mengambil kira keperluan pelanggan;
  • Semua aduan terhadap Bahagian Amalan Perubatan akan diberi maklumbalas bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan;
  • 80% aktiviti tahunan Cawangan / Unit yang dirancang akan dilaksanakan setiap tahun; dan
  • Menyediakan atau menyiapkan dokumen / maklumbalas / laporan / polisi / garis panduan / sijil / perakuan / lesen / bayaran / penilaian permohonan / tawaran dalam masa yang ditetapkan kepada pelanggan-pelanggan luaran.

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI BAP 17042023 page 0001

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Amalan Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, 3, 6 & 7, Blok E1, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

 

Tel     : 03 - 8883 1039
Faks   : 03 -
E-mel : @moh.gov.my

Laman Web

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html