Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Pengenalan

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB) ditubuhkan pada 1 Jun 2006 di bawah Program Perubatan, KKM bagi mentadbir urus dan mengurus perkembangan perkhidmatan dan pembangunan profesion kesihatan bersekutu (PKB) di Malaysia.


BSKB bertanggungjawab terhadap keseluruhan tadbir urus, perkhidmatan dan pembangunan profesion kesihatan bersekutu meliputi:

  • Mengawal selia Profesion Kesihatan Bersekutu (PKB) di bawah
  • Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (akta 774).
  • Merancang dan menetapkan hala tuju & dasar penyampaian perkhidmatan dan pembangunan profesion.
  • Mengenalpasti dan merancang keperluan sumber kesihatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu.
  • Merancang dan menguruskan pembinaan kapasiti Pengamal Kesihatan Bersekutu meliputi latihan berterusan, kelayakan serta penilaian kompetensi.
  • Membangunkan strategi dan mengurus pelaksanaan perkhidmatan kesihatan bersekutu yang berkualiti, selamat, efektif dan memenuhi standard.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadi peneraju dalam kecermerlangan dalam penjagaan kesihatan oleh profesional Sains Kesihatan Bersekutu ke arah kesejahteraan rakyat.

Misi
  • Memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti
  • Memperkasa kompetensi Profesional Sains Kesihatan Bersekutu melalui pendidikan berterusan, amalan berdasarkan bukti dan mematuhi piawaian
  • Mewujudkan jalinan kerja dan kerjasama dengan pelbagai sektor
Fungsi
  1. Merancang dan menetapkan halatuju penyampaian perkhidmatan dan perkembangan profesion kesihatan bersekutu.
  2. Membangunkan pelan strategik bagi Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Profesion Kesihatan Bersekutu.
  3. Menguatkuasa Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774).
  4. Mengurus pelaksanaan perkhidmatan kesihatan bersekutu yang berkualiti, selamat dan berkesan.
  5. Mengenal pasti dan merancang keperluan sumber kesihatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu.
  6. Merancang aktiviti kualiti dan menetapkan piawaian berkaitan kesihatan bersekutu.
  7. Merancang dan mengurus pembangunan modal insan profesion kesihatan bersekutu.
  8. Membudayakan amalan evidence based dan value based di kalangan Profesional Kesihatan Bersekutu.
  9. Memberi khidmat nasihat/rundingan berkaitan kesihatan bersekutu.
  10. Memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai sektor dalam atau luar negara berkaitan kesihatan bersekutu.

Piagam Pelanggan

Carta Organisasi

carta org bskb 01072021

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Aras 2 Blok A, Bangunan Utama Chancery Place,

Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya

 

Tel     : 03-8890 1011
Faks   : 03 -
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Webhttp://alliedhealth.moh.gov.my

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html