Corporate information encompasses official details related to the identity, functions, structure, and roles of a ministry or government agency, including its vision, mission, objectives, and communication strategies to strengthen its image and enhance the effectiveness of service delivery to the people.
A list of key services provided by the Ministry of Health Malaysia to help the public access health information, healthcare facilities, and health-related services more quickly and efficiently.
“Buli” merupakan suatu bentuk gangguan psikologi yang terdiri daripada kelakuan menindas secara kejam, jahat atau berdendam untuk mengaibkan atau merosakkan imej/ kedudukan/ martabat seorang pekerja individual atau sekumpulan pekerja, termasuk teguran atau kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar, memencilkan seseorang daripada hubungan sosial dan mengumpat atau menyebar maklumat palsu. (Definisi ini dipetik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, 2002)
“Warga KKM” bermaksud mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat di fasiliti KKM, termasuk pekerja kontrak yang emolumennya dibayar oleh pihak KKM.
“Pegawai Yang Disyaki Mengganggu (PYDM)” bermaksud seorang warga KKM yang sesuatu aduan berhubung perlakuan buli telah dibuat ke atasnya.
“Pengadu” bermaksud seseorang yang membuat aduan terhadap perlakuan buli yang dilakukan ke atas dirinya sendiri atau ke atas orang lain oleh PYDM.
“Mangsa” bermaksud warga KKM yang menjadi mangsa buli di tempat kerja oleh PYDM.
“Tempat kerja” bermaksud tempat di mana warga KKM atau pengadu bertugas dan termasuk kawasan luar tempat kerja untuk menjalankan urusan rasmi, tidak rasmi atau yang timbul daripada hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan di dalam atau di luar waktu pejabat.
Sekiranya anda (warga Kementerian Kesihatan Malaysia) merupakan mangsa/ pengadu ingin melaporkan buli di tempat kerja (KKM), sila klik butang di bawah untuk melaporkannya melalui sistem MyHelp Kementerian Kesihatan Malaysia.
KLIK DISINI >>
Skop Pelaporan Sistem MyHelp
Sistem MyHelp ini diguna pakai di seluruh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah semua Program dan Bahagian, Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian serta semua organisasi (Pusat Tanggungjawab) di bawah KKM.
Kes dan kejadian yang dilaporkan melalui sistem ini terhad kepada kes buli yang mana mangsa dan PYDM adalah warga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadual di bawah merumuskan sistem pelaporan yang terdapat di KKM.
MANGSA
PYDM
PELAPORAN
Warga KKM
Warga KKM
MyHelp KKM
Warga KKM
Orang Awam / Pesakit
Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM 2017 (VRF-UKKP Bil.1/2017)
Orang Awam
Warga KKM
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA KKM)
Pesakit
Warga KKM
Incident Report (IR 2.0/2017)
Pengecualian Pelaporan Sistem MyHelp
KKM berhak menolak aduan yang dikemukakan melalui sistem ini sekiranya ia melibatkan perkara berikut :
Perkhidmatan seperti pelantikan, penempatan, pengambilan, pemangkuan, kenaikan pangkat, pengurusan prestasi, pengiktirafan, kemajuan kerjaya, pergerakan gaji;
Kes buli dan gangguan melibatkan perihal peribadi dan keluarga seperti pergaduhan antara suami, isteri atau anak, ancaman akibat tidak membayar hutang dan sebagainya;
Kes buli dan gangguan yang melibatkan prosiding mahkamah; dan
Kes gangguan seksual. Kes ini akan diuruskan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018; Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.