Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) atau Wellness Month merupakan satu inisiatif utama di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Inisiatif ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.
BMSS diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara KKM di semua peringkat (kebangsaan, negeri dan daerah) bersama rakan strategik ANMS yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti, media serta sukarelawan MyCHAMPION. Kesepakatan ini membolehkan pelaksanaan program dan aktiviti bersepadu yang lebih meluas demi kesejahteraan rakyat. Sambutan BMSS juga merupakan penjenamaan semula Wellness Month yang disambut setiap bulan September. Ia bertepatan dengan hala tuju KKM yang memberi penekanan kepada health care (health ownership) berbanding sick care (medical responsibility), dengan mengutamakan pendekatan pencegahan. Penganjuran BMSS bukan sahaja bertujuan meningkatkan imuniti badan (lifestyle immunity) dalam mencegah penyakit, malah turut menyokong matlamat penuaan sihat (healthy aging) dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang September 2025, pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk karnival, program jelajah, acara 10,000 langkah, aktiviti Outreach WoW dan Open Day BMSS@Wellness Hub. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara meluas di peringkat komuniti, tempat kerja serta institusi pendidikan dengan kerjasama rakan strategik.


Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

4 Teras ANMS

Teras 1: Promosi Pembudayaan Hidup Sihat

Teras 2: Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan

Teras 3: Kawalan Kesihatan Kendiri

Teras 4: Kebersihan Persekitaran

Etika buang sampah ke dalam tong sampah

Pinggan Sihat Malaysia

Amalkan konsep 5B semasa mengambil ubat

Tip Makan Selamat selepas Membeli Makanan secara online

Etika Pengasingan Sampah ke dalam Tong Sampah Kitar Semula

Amalkan Etika Penggunaan Tandas

Cari dan Musnah Tempat Pembiakan Aedes

Speak Out Generational End Game

Gotong-Royong

HePiLI

Kebersihan Tandas Tanggungjawab Bersama

Keselamatan Makanan

Jom Layari Portal MyCHAMPION

Jom Ikuti Media Sosial MyHEALTH

Cegah Obesiti

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

2 Kali Sehari Berus Gigi

Ambil Ubat Ikut Waktunya

Saringan Kesihatan

Saringan Kesihatan (NHSI)

NCD

Speak Out

Take 5: Ke Arah Kesejahteraan Mental dan Fizikal

Trash to Cash

Program Intervensi Pengurusan Berat Badan

Wellness on Wheel (WoW)

Budaya Hidup Sihat

Jadual Imunisasi Kebangsaan
BMSS Promo 2025
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
Mall Walking Challenge Promo (English)
BMSS Promo September
Mall Walking Challenge Promo (Malay)















