Accessibility Tools







Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?
Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
#MalaysiaSihat
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.
KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.
Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki.
Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Penyakit mpox boleh merebak dalam kalangan manusia melalui beberapa cara.
Penularan dari individu yang dijangkiti mpox ke individu lain boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual, serta permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox.
Penularan juga boleh berlaku melalui titisan pernafasan atau aerosol kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024.
CPRC Kebangsaan akan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan.
Tindakan kawalan mpox yang dijalankan oleh KKM ialah pengesanan awal kes, pengukuhan kapasiti makmal, pemantapan pengurusan kes, pengasingan kes dan pemantauan kontak rapat serta meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pendidikan kesihatan.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI

Susulan pengisytiharan penyakit mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) pada 14 Ogos 2024 lalu, pihak KKM giat menjalankan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk pemantauan kes di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke negara endemik dan negara-negara yang terdapat penularan mpox untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dikongsikan.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
