Maklumat Korporat merangkumi informasi rasmi berkaitan identiti, fungsi, struktur, dan peranan sesebuah kementerian atau agensi kerajaan, termasuk visi, misi, objektif, dan strategi komunikasi bagi memperkukuh imej serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Senarai perkhidmatan utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat, kemudahan kesihatan, serta urusan berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih cepat dan efisien.
Kelebihan Sistem Temujanji Atas Talian • Kemudahan 24 jam: memudahkan pelanggan untuk mendapatkan akses kepada sistem. • Menjimatkan masa: pelanggan tidak perlu menunggu lama sewaktu waktu puncak di klinik kesihatan. • Kepuasan pelanggan: pelanggan boleh memilih slot waktu yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Jenis Perkhidmatan Perkhidmatan sistem Online Appointment ini adalah untuk kes-kes ringan dan walk-in sahaja. Temujanji penyakit kronik (diabetes, darah tinggi, asma dan seumpamanya) dan temujanji kes MCH hendaklah mengikut temujanji klinik yg telah ditetapkan. Bagi kes-kes kecemasan, hendaklah segera mendapatkan rawatan tanpa menempah slot temujanji ini.
Tempoh pelaksanaan • 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020
Tempahan Slot Temujanji • Pelanggan yang ingin menempah slot akan menggunakan sistem aplikasi yang dikenalpasti sepertimana di pautan yang disediakan. • Pelanggan dibenarkan memilih mana-mana slot temujanji, paling lewat 1 hari sebelum tarikh temujanji yang dipilih. Seterusnya pelanggan akan menerima peringatan (reminder) melalui emel dari aplikasi • Bagi pelanggan yang ingin menukar atau membatalkan slot temujanji yang sudah ditempah, boleh kembali merujuk kepada website/mobile application untuk tempahan semula. • Pelanggan perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu temujanji yang ditempah, bagi menjalani saringan COVID-19, pendaftaran di kaunter, dan triage sebelum dipanggil untuk konsultasi.
Penafian • Semua pelanggan yang menggunakan sistem online appointment dianggap telah bersetuju (implied consent) apabila menggunakan perkhidmatan ini. • Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya. • Pelanggan yang hadir ke klinik kesihatan masih perlu melalui saringan (triage) gejala COVID-19 di kaunter hadapan. Sekiranya pelanggan mempunyai gejala berkaitan dan tidak melepasi saringan, tempahan slot temujanji terbatal dan mesti mengikut arahan yang ditetapkan oleh pegawai bertugas untuk rawatan selanjutnya • Pelanggan yang tidak mengikuti waktu temujanji tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot pada hari berikutnya (sekiranya perlu). • Bagi urusan bayaran caj perkhidmatan adalah mengikut Akta Fi semasa.