Alat Kebolehcapaian

Aktiviti & Berita Terkini

Moh Kita Sihat, Bagan Datuk, Perak

Moh Kita Sihat, Bagan Datuk, Perak

Program Jelajah ANMS: Moh Kita Sihat telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS. Turut hadir sama Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Kedua-duanya menekankan bahawa ANMS merupakan gerakan nasional untuk membudayakan kesihatan dalam kalangan rakyat. 

 

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia” perlu dijadikan falsafah baharu negara dalam memperkukuh agenda kesihatan nasional.

 

Pelaksanaan Program

 

Program jelajah ini merangkumi beberapa komponen utama, antaranya: 

 

  • MyCHAMPION bersama Wellness on Wheels (WoW) Zoomers melaksanakan aktiviti dari rumah ke rumah serta program komuniti di 622 lokaliti, melibatkan hampir 100,000 penduduk.
  • Larian Jambatan Sultan Nazrin ShahMenarik penyertaan hampir 2,000 peserta bagi jarak 21km, 10km dan 5km. 
  • Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Membabitkan lebih 400 sukarelawan dalam kerja pembersihan dan pemeriksaan Aedes serta pendidikan kesihatan awam

 

Sehingga kini, seramai 18,357 sukarelawan MyCHAMPION berdaftar sebagai penggerak utama pendidikan kesihatan komuniti. Mereka diperkasa melalui Geran Promosi Kesihatan berjumlah RM1.86 juta, melibatkan 179 projek komuniti di seluruh negara.

 

Program Jelajah ANMS ini sekaligus mengukuhkan usaha kerajaan dalam memperkasa komuniti yang sihat, berdaya tahan dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html