Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary merupakan keluarga format penyuap web yang digunakan bagi mengemas kini kandungan tajuk berita atau podcasts. Dokuman RSS, yang dikenali sebagai "feed", "penyuap web - web feed", atau "channel", mengandungi samaada ringkasan kandungan dari tapak laman berkait atau teks penuh. RSS menjadikannya mudah bagi orang ramai menjejak tapak web kegemaran mereka secara automatik yang lebih mudah berbanding menjejak secara manual.
Kandungan RSS boleh dibaca dengan menggunakan perisian dikenali sebagai "pembaca RSS", "pembaca penyuap (feed reader)" atau "aggregator".
Apa itu RssReader?
RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Anda boleh melanggan kepada penyuap dengan memasukkan pautan penyuap pada pembaca atau mengklik pada ikon RSS pada pelayar yang memulakan proses berlanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/
Cara Melanggan Kandungan RSS
Bagi pengguna pelayar laman web Apple Safari dan Microsoft Internet Explorer, pelayar laman web tersebut telah tersedia ada dengan pembaca serta fungsi untuk melanggan suapan RSS.
Bagi pengguna pelayar web Microsoft Edge, Google Chrome dan Mozilla Firefox; pengguna perlu memasang extension pada pelayar laman web tersebut bagi membolehkan pelayar tersebut membaca dan melanggan suapan RSS. Click pautan berikut untuk memasang extension RSS pilihan anda.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/ .