Alat Kebolehcapaian
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu bahagian di bawah Program Perubatan. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bertekad untuk meningkatkan tahap serta kualiti kesihatan rakyat. BPTK juga komited dalam mematuhi keperluan undang-undang, peraturan-peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan serta melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keberkesanan sistem kawalan dan piawaian perubatan tradisional dan komplementari.
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari beriltizam menjadi peneraju kecemerlangan dalam perubatan tradisional dan komplementari.
Memastikan amalan PT&K mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan sedia ada;
Mengoptimakan integrasi perkhidmatan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan;
Memperkasa pengamal dan perkhidmatan PT&K ke arah professionalisme
Mewujudkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai sektor untuk perkembangan PT&K.
Memperkasa pengetahuan pengguna berkenaan PT&K yang selamat dan berkualiti
Alamat:
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Blok E, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2279 8100
Faks : 03-
E-mel :
Laman Web : www.moh.gov.my/tcm