Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Pengurusan Maklumat

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan dan perundingan ICT serta tanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di KKM dan Jabatan/Agensi di bawah KKM.

Visi, Misi & Objektif

Visi
  • Penyedia penyelesaian ICT yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Misi
  1. Membantu pengurusan KKM merancang strategi yang boleh menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini
  2. Menyediakan prasarana teknologi maklumat yang selamat, tersedia dan diyakini oleh semua agensi KKM
  3. Menjadi rujukan agensi lain dalam pengurusan tadbir urus ICT dalam perkhidmatan kesihatan
Objektif
  1. Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan menggunakan teknologi ICT terkini.
  2. Menyediakan mekanisme yang berkesan bagi memantau pelaksanaan projek ICT.
  3. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi memperkukuhkan prasarana ICT KKM.
  4. Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan khidmat perundingan projek ICT.
  5. Melaksanakan tadbir urus ICT

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan 100% permohonan projek ICT mematuhi Dasar ICT KKM.
  2. Memastikan lebih 90% aduan yang diterima melalui Pusat Perkhidmatan Pelanggan BPM diselesaikan.
  3. Memastikan tahap kebolehcapian infrastruktur Pusat Data pada kadar melebihi 95% setahun.
  4. Memastikan serahan projek pembangunan aplikasi secara outsource mengikut kontrak.
  5. Memastikan serahan projek pembangunan aplikasi secara in-house mengikut skop projek.
  6. Memastikan penyenggaraan pencegahan (PM) perkakasan dan perisian ICT dilaksanakan secara berkala mengikut kontrak.
  7. Memastikan perkhidmatan kontraktor ICT dipantau dan dinilai prestasinya sekali setahun.

Carta Organisasi

carta

Soalan Lazim

  • Bagaimanakah prosedur untuk membawa sesuatu projek ICT ke mesyuarat JPICT kementerian atau fasiliti?
  • Adakah semua permohonan pembangunan sistem atau pembelian ICT perlu melalui JPICT terlebih dahulu?

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Pengurusan Maklumat 
Aras 5, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

 

Tel     : 03-8883 3883
Faks   : 03-
E-mel 

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html