Alat Kebolehcapaian
Bahagian Kewangan KKM terbahagi kepada tiga (3) cawangan utama, masing-masing dengan fungsi khusus:
Menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera Kerajaan.
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
Pemohon perlu melengkapkan borang dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh pihak KKM. Pihak KKM akan memaklumkan semula keputusan permohonan kepada setiap pemohon setelah permohonan diteliti dan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
Pemohon perlu melengkapkan borang dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh pihak KKM. Pihak KKM akan memaklumkan semula keputusan permohonan kepada setiap pemohon setelah permohonan diteliti dan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus.
Pengenaan caj kepada warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. Caj yang dikenakan adalah:
Setiap prosedur yang dibuat oleh doktor / pakar dikenakan caj berasingan sepertimana termaktub dalam Perintah Fi tersebut.
Semua pesakit warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan, kecuali golongan yang telah diberikan pengecualian daripada bayaran.
Bukan semua perkhidmatan kesihatan dikenakan caj. Perkhidmatan imunisasi tertentu tidak dikenakan apa-apa caj semasa berlakunya wabak yang diisytiharkan di bawah mana-mana perundangan.
Semua Penjawat Awam dan Pesara Awam adalah tidak tertakluk kepada bayaran caj perkhidmatan, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam, kecuali Penjawat Awam Negeri, dan Badan Berkanun Negeri. Mohon rujuk Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Caj suntikan selain daripada demam kuning dan hawar adalah RM5.00 bagi setiap suntikan. Kanak-kanak warganegara di bawah umur 7 tahun (pra sekolah) tidak dikenakan caj imunisasi dan vaksinasi.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan surat peringatan dan sekiranya masih tiada bayaran, notis perundangan akan dikeluarkan.
Maklumat Perkhidmatan Bahagian Kewangan KKM
Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan berkaitan pengurusan kewangan kementerian yang melibatkan aspek dasar, belanjawan, hasil dan pentadbiran. Antara perkhidmatan utama yang disediakan untuk warga KKM adalah seperti berikut:
Alamat:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia
Tel : 03 - 8883 3269 / 3099 / 3032 / 3362
Laman Web : https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/261?mid=239