Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan

Pengenalan

Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) merupakan badan regulatori yang memastikan penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan. Bahagian ini melaksanakan aktiviti-aktiviti utama berikut bagi menguatkuasakan akta tersebut:

 

  1. Perlesenan & Pendaftaran
  2. Penguatkuasaan & Pendakwaan
  3. Khidmat Nasihat Teknikal & Kod dan Standard
  4. Pembangunan Latihan & Kerjasama Inter-Agensi

 

Tujuan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini adalah bagi memastikan penggunaan sinaran mengion terhadap pesakit (bagi tujuan perubatan) adalah secara selamat, berkesan dan optimum. Disamping itu, pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut juga bertujuan untuk memastikan keselamatan terhadap pekerja dan orang awam.

Visi, Misi & Objektif

Visi
  • Memantapkan kawalan sinaran perubatan melalui pembudayaan amalan perundangan kendiri dan menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal dalam fizik perubatan berteraskan transformasi pengetahuan serta teknologi, inovasi dan kualiti.
Misi
  • Peneraju dalam pengawalan sinaran perubatan dan perkhidmatan fizik perubatan yang selamat, efektif, berkualiti dan lestari.
Objektif
  1. Penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi maksud perubatan dan peraturan subsidiari berkaitan.
  2. Penyediaan khidmat nasihat teknikal dalam aspek keselamatan sinaran dan fizik perubatan kepada institusi perubatan dan agensi berkaitan.
  3. Pengukuhan jalinan kerjasama inter-agensi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Piagam Pelanggan

Menguruskan kelulusan lesen mengikut tempoh yang ditetapkan setelah dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan mematuhi seperti berikut:

 

  • Permohonan Lesen Baru:

    90% permohonan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

  • Permohonan Membaharui Lesen:

    90% permohonan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.

     

Carta Organisasi

co eng

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Alamat:

Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan
Aras 3-4,
Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

 

Tel     : 03 - 8892 4727
Faks   : 03-
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web :

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html