Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Kerangka Pelaksanaan ANMS

ANMS membantu dalam mewujudkan Malaysia Sihat Sejahtera dalam tempoh 10 tahun pelaksanaannya dengan empat keberhasilan tingkahlaku iaitu pembudayaan norma baharu dan pematuhan SOP, pengambilan vaksin, pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran.

 

Kerangka Pelaksanaan A1

Kerangka Pelaksanaan A2

Sosial Dan Budaya

Aspek sosial dan budaya telah berubah dalam kehidupan rakyat Malaysia terutamanya dari segi kelaziman kehidupan harian kepada amalan  norma baharu. 

Persekitaran

Cabaran dalam mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pengukuhan amalan kebersihan diri, keluarga dan komuniti dalam usaha melestarikan alam sekitar serta persekitaran yang bersih.

 

Picture 1

Ekonomi

Memberi kesan secara langsung  terhadap kerencatan aktiviti ekonomi dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan. Negara menanggung beban yang tinggi dari segi kewangan untuk merawat penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit

Logo

Penerangan Logo ANMS

 

Penerangan Logo 02

Sinergi

  • ANMS merupakan pelan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia  untuk menyokong Pelan Pemulihan Negara dengan mengambilkira jangkaan COVID-19 menjadi endemik dan kesediaan rakyat untuk hidup dengan kebiasaan baharu kesan pandemik yang berlaku ini.
  • Pelan ini juga memberi tumpuan kepada peningkatan taraf kesihatan rakyat dengan mengambilkira jangkaan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit masih menjadi ancaman kesihatan di negara ini akibat cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat.

 

Sinergi

Objektif

Terdapat empat objektif ANMS seperti berikut:

 

  1. Mempromosi pembudayaan hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan
  2. Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan
  3. Memperkasakan individu dan komuniti dalam kawalan kesihatan kendiri
  4. Memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemegang taruh untuk mencapai kesejahteraan kesihatan

Matlamat

Menjadikan rakyat malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Pendekatan Whole Of Nation

Kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan/agensi  (Health in All Policy) melalui pendekatan Whole of Nation seperti berikut:

 

  1. Pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk merangka hala tuju dan strategi bagi menjayakan ANMS. Dasar, polisi, promosi dan inisiatif yang dilaksanakan hendaklah melibatkan kesemua pihak untuk menghasilkan impak yang dihasratkan. 
  2. Pihak swasta memainkan peranan dalam membantu program yang dirancang oleh kerajaan dan sebaiknya dapat menggabungjalin perkhidmatan yang sedia dengan perkhidmatan oleh kerajaan demi manfaat rakyat.
  3. ​Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGOs mempunyai peranan untuk menyokong ANMS dengan memberikan sokongan tambahan dalam bidang yang dikenalpasti. NGOs juga boleh bertindak menerajui pelaksanaan di komuniti dengan kerjasama semua pihak. 
  4. Rakyat boleh memainkan peranan dengan mengerakkan usaha-usaha yang diterajui oleh mana-mana pihak dengan melibatkan diri dalam inisiatif yang diperkenalkan dalam ANMS.

Kesihatan

Akibat perubahan cara hidup rakyat yang semakin moden, faktor urbanisasi dan globalisasi telah menjadikan isu kesihatan sebagai satu cabaran. 

 

Antaranya :-

 

1. Perubahan struktur umur rakyat

 

CabaranKesihatan1

 

2. Faktor risiko kesihatan

 

CabaranKesihatan1

 

3. Beban penyakit tidak berjangkit

 

CabaranKesihatan1

 

4. Kemunculan pandemik COVID-19 dan jangkaan COVID -19 menjadi endemik telah menjejaskan kesihatan mental rakyat.

 

CabaranKesihatan1

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html